Selasa, 21 Februari 2012

Steven Tyler

Masa gua mula mula sambung belajar di universiti dulu, gua jarang ponteng kelas yang gua minat. Electrical principle dan bahasa inggeris contohnya. Kedua duanya adalah kerana lecturernya bagus dan mempunyai body yang mantap.

Subjek bahasa inggeris gua minat sekali. Lecturer perempuan. Janda. Budak budak panggil dia Madam Juju. Nama pun dah comel macam tuan dia. Gua panggil Ju saja dengan dia. Bercakap pun pesen 'i you i you' saja tak payah nak madam madam sangat. Err.. ok, gua tipu. Gua panggil Madam Juju juga laa serupa orang lain.

Masa first class gua ingat lagi gua pakai topi kaler biru bertulis Syarikat Goh Toh Lai Motor Enterprise. Baju t shirt dan berambut panjang tak bersikat. Gua ambik port belakang belakang. Tak minat betul gua duduk depan depan dalam kelas ni. Nanti lecturer cepat kenal. Gua tak suka jadi terkenal.

"Ok guys! Now i want every single one describe yourself with just only two words.", kata Juju memulakan kelas. Macam gitu laa lebih kurang dia punya cakap. Gua bukan ingat sangat.

Sorang demi sorang bangun bersuara. Dan akhirnya sampai giliran gua. Gua tak bangun dari kerusi. Gua tarik nafas dalam dalam. Harap harap Juju tak tanya gua banyak. Gua bukan reti nak reply balik dalam bahasa omputih.

"Silent and unpredictable", sound gua garang sambil pusing pusing pen.

Kelas senyap. Semua mata pandang gua. Termasuk Juju.

"Guys! I think we got Steven Tyler in our class! Did you noticed that this guy very look alike Steven Tyler?", tiba tiba Juju bersuara dengan sedikit teruja.

Gua sengih. Hari pertama kelas dengan Juju gua lalui dengan begitu bersemangat. Habis kelas gua terus pecut balik rumah. Sampai rumah cepat cepat gua google 'Steven Tyler'.

"Cilakak! Tak ada laa smart sangat..", kata gua sambil lempang monitor.

13 comments:

Wadi AR berkata... [Reply]

macam bapok steven

bact. berkata... [Reply]

faking!!!

sebab entri lu
gua pon kena gugel sapa tu steven tyler..

poyotito's berkata... [Reply]

@Wadi AR
itu laa pasalnya!

poyotito's berkata... [Reply]

@bact.
kah kah kah.

Bozu berkata... [Reply]

steven tyler tu bapak mainstream. gugel jadah mendanya lagi..

e4ezzati berkata... [Reply]

kahkah, lect tu tak rabun mgkin. lu lagi smart aku rasa.

Leana berkata... [Reply]

orait la tu, ada juge la sama ngn retis dari takde :p

hzrh berkata... [Reply]

steven tyler walaupun muka gitu, anak comel sungguh.

hzrh berkata... [Reply]

*saja nak sedapkan hati awak sebenarnya.

Fadh berkata... [Reply]

huh...

PUTUBAMBU berkata... [Reply]

masa tu..justin bieber belum ada lagi kan?

hehehe

jo berkata... [Reply]

tang mana yg sama? mulut kah?

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

Mulut dah la lebar steve tyler tu. Tapi anak dia lawo. Err..ada iras ke aok ngan dia, haji?