Selasa, 31 Januari 2012

Meniti perjalanan

Masa gua belajar sekolah rendah dulu, kepala hotak gua memang mantap. Semua subjek gua minat. Tambah tambah subjek pendidikan jasmani. Hari mula mula sekolah bapak gua tak payah susah susah tunggu sampai gua steady. Dia tau gua boleh survive. Bukan serupa budak budak sekarang, nak kena tunggu bagai. Bapak balik, menangis. Akibat dari lambat daftar, gua dapat kelas paling bangang.

Namun disebabkan gua pandai bukan main, tahun depannya terus lompat naik kelas pandai. Tahun demi tahun gua naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. Tapi dapat nombor dua je laa. Nombor satu asyik makwe saja dapat, Haslin Idayu nama dia. Banyak kali juga gua doa dia tukar sekolah. Nasib baik laa dia tak kabor minat kat gua, kalu tidak memang kat situ jugak gua lukakan hati dia.
Kah kah kah!

Selesai saja sekolah rendah, gua pun masuk sekolah menengah. Sekolah menengah agama berasrama. Bapak gua suruh. Sebagai anak yang baik dan masih kecil gua ikut cakap bapak gua. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan empat, satu kali pun tak ada naik pentas ambik hadiah. Kalu ada pun pasal dapat nombor satu pertandingan sepak raga bulat sempena hari guru. Satu kali lagi ada naik juga pasal buat persembahan. Nyanyi lagu nasyid. Habis menitik air mata semua orang.

Barai betul prestasi gua masa tu. Tapi gua masih lagi berada di kelas paling pandai. Kelas Taufiq. Kelas Hidayah ialah kelas yang bangang sikit, manakala kelas last sekali adalah Mahmudah. Boring duduk kelas cerdik ni, budak budak skema sikit. Bullah Berg kelas sekali dengan gua, tapi sibuk borak sama makwe saja nama Aishah. Gua masa tu tengah sibuk mengorat Siti Syarifah Mohd Jani lagi tak dapat dapat.

Pernah sekali gua punya keputusan periksa memang hancur. Masa tingkatan tiga. Dapat nombor 35. Student kelas gua ada 36 orang. Yang nombor 36 tu dapat nombor 36 pun pasal dia tak datang kena demam cengkerik. Gua ingat kalu dia datang periksa, memang cerah harapan gua dapat nombor last. Kah kah kah!

Khamis, 19 Januari 2012

Ranap

Dulu, masa gua muda, zaman gua kuat bersukan dulu, memang jarang gua sakit ke demam ke ataupun masuk hospital. Cuma ada la sekali masuk wad pasal gigit dek ulor sawa. Lain lain memang tak ada. Habis kuat pun sakit otot peha pasal melipat beria sangat masa main takraw. Tambah tambah makwe makwe ramai tengok dari tepi gelanggang. Peh, terapung apung rasa lipat. Bangun pagi esok jalan kengkang.

Sekarang, body gua memang tak berapa gagah. Nak jalan mendada pun tak berapa larat. Tahun ni saja sudah tiga kali demam. Sakit pinggang jangan cerita. Ada bini boleh juga mintak tolong urut sambil meniarap depan tv. Dalam pada lemah lemah badan tu ada juga gua pergi main futsal pasal kena paksa. Alhamdulillah, banyak juga gua kena maki pasal main macam setan.

Tapi dalam banyak banyak hari gua demam itu hari, ada satu hari tu betul betul power punya demam. Dia punya sakit memang menyucuk nyucuk. Sengal habis satu badan. Tekak betul betul boleh telan air saja. Tapi rokok lepas lagi setakat sebatang dua. Cilakak. Hairan juga. Sampai satu tahap gua tidur sambil mengerang dan bercakap dengan dinding. Memang mantappp. Pusing punya pusing, tak lelap juga. Jam dah pukul dua pagi. Nak mengadu pada makwe, makwe dah tidur. Nak mengadu pada makwe lain, gua ada satu saja makwe. Menyesal juga gua tolak cinta Neelofa tempoh hari. Penyudah dia, gua sms Bullah Berg.

"Demam..:(. Gua send pada Bullah Berg siap dengan smiley.

"Demam lagi?, menda nak jadi laa aok ni..", Berg balas.

"hmm..:(. Balas gua dengan smiley lagi supaya nampak lebih demam.

"Bawak bawak laa berehat Pytt. Asyik kerja je 24 jam, mana nak larat badan aok tu..",. Cilake, kemain caring pulak Bullah Berg ni. Tak boleh jadi, kena reply ni. Getus hati gua.

"Demi masa depan Berg..", balas gua dengan air mata meleleh di pipi.

"Babi! Bergenang air mata gua!", balas Bullah Berg ringkas.

Ok, part air mata meleleh tu gua tipu.

Selasa, 17 Januari 2012

Panas hati

Ada satu pagi, gua sedang dalam perjalanan balik rumah. Jam dah nak dekat pukul empat pagi. Memang sunyi habis. Barangkali semua orang di kawasan kejiranan gua dah tidur. Yang tak tidur lagi mungkin individu yang sedang menghisap dadah, membuat kerja sekolah dan juga membuat anak.

Gua meredah pekat malam dengan sejuk yang mencengkam tulang. Tak berapa jauh dari rumah gua, ada dua ekor anjing masih lagi leka melepak. Entah apa diboraknya sampai ke pagi. Esok mula laa liat nak bangun. Tapi takpa laa, boleh jadi borak hal masa depan. Dalam kepala gua dah target, kalu anjing tu kejar, gua memang takkan teragak agak tendang dia punya muka sekuat hati. Gua pun dah lama simpan dendam dengan anjing anjing tu. Banyak kali juga cuba nak langgor pakai kereta tapi sampai hari ni tak dapat dapat. Gua punya sakit hati jangan cerita. Saat macam tu memang gua dah lama tunggu.

Gua memperlahankan pemanduan dan menambah sedikit garang di muka gua. Sampai betul betul di tepi anjing dua ekor tersebut, tiba tiba anjing tersebut bangun dan bergerak perlahan lahan kepada gua. Hati gua panas. Betul betul punya panas. Jantung gua berdebar. Darah naik kepala.

Preeeeeengggg!!!

Gua pulas throttle motor sekuat hati. Habis tercicir jauh anjing. Gua pun masuk rumah dengan jalan mendada. Bila gua fikir fikir balik, lain hari je laa gua tendang anjing tu punya muka..