Jumaat, 13 April 2012

Rencah

Di dalam hidup gua ini terlalu banyak benda yang gua angankan. Macam macam benda gua nak. Meluap luap keinginan sampai susah nak bendung. Dan kadang kadang ianya seakan akan terlalu besar untuk gua capai. Dan juga mungkin terlalu jauh. Lalu gua memujuk hati gua agar belajar menerima dan bersyukur. Bersederhana atas apa adanya.

Lalu keinginan dan perasaan gua reda sedikit demi sedikit. Namun ianya tidak lah kekal begitu. Tanpa perlu diundang ianya datang kembali. Rapat dan menghimpit. Menekan ke otak, menikam ke jantung.

Maka dengan ini dapatlah gua rumuskan, perasaan dan keinginan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipadam begitu saja. Sepertinya cinta kita. Andai engkau yang aku mahu, tetap jualah engkau juga yang aku mahu.