Rabu, 18 Februari 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 8– Blues Untuk Razak.

Di awal kemasukan gua ke sekolah berasrama, gua kerapkali mengalami masalah mengantuk di dalam kelas yang melampau-lampau. Gua akan tidur di dalam kelas dengan kadar minimum 3 slot sehari. Itu minimum, tapi kadang datang dia punya tune, sampai membawa ke rubber set juga gua punya tidur. Sampai berjalur muka bila bangun. Ada cikgu pun gua bantai tidur, apatah lagi cikgu tak ada. Entah symptom apa yang gua alami masa tu gua pun tak tau. Tapi yang gua pasti bukan gua seorang mempunyai symptom begitu. Boleh dikatakan hampir separuh budak-budak kelas gua masa tu mengalami masalah yang sama. Baik lelaki mahupun perempuan sama sahaja.

Gua punya meja masa tu baris kedua tepi tingkap, dekat dengan suis kipas. Memang strategik kalau untuk tujuan usha makwe-makwe kelas sebelah dengan makwe-makwe tingkatan atas sikit lalu. Belakang gua semua makwe. Tapi lu tau je la baru tingkatan satu mana nak tip-top sangat budak-budak. Pakai bedak pun tak rata. Baju pulak jenis nak taruk nila pekat-pekat. Entah hapa tujuan gua taktau. Tapi kena yang comel, comel juga. Ikut hati memang gua nak ajak couple aje mana yang comel-comel tu. Nasib baik emak gua dah pesan datang sekolah belajar betul-betul. Jadi gua terpaksa tolak tepi cinta-cinta ni semua.

Depan gua ada dua kutu, Awie dengan Sazali ke apa tah nama budak sorang lagi tuh. Gua tak ingat pasal dia sekolah situ tingkatan satu je, naik tingkatan dua dah masuk matrik ke mrsm ke gua taktau. Awie ni walaupun badan dia dua kali saiz gua tapi dia tak tidur dalam kelas. Kalau tidur pun time ustazah tak ada. Mungkin sebab dia tak duduk asrama. Jadi dia terselamat dari mengalami masalah seperti gua. Gua ingat dia lepas tengok berita terus mak dia suruh tidur. Takpun lepas Isyak terus tidur. Gua ni prep aje dah sampai pukul 11. Nak minum malam lagi, nak sembang-sembang lagi. Nasib baik gua jenis pergi sekolah tak gosok baju. Takdela gua nak kena menunggu turn gosok baju macam kanak-kanak sebaya gua lain.Itu pun kadang ada senior suruh gosok baju diorang. Apa bangang tah gosok baju sendiri pun suruh orang. Pastu gua gosok lebih kurang lagi mau complaint. Pundek betul.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu gua punya mengantuk memang menjadi-jadi. Lepas satu slot, satu slot. Kejap tidur, kejap bangun. Tak hilang-hilang juga dia punya mengantuk. Nasib baik Awie bagi perlindungan yang baik kepada gua. Tenang je gua tidur belakang Awie.

Kring….!!Kring…!!

Loceng rehat berbunyi. Itu jam gua punya mengantuk hilang secara automatik. Gua tak tau kenapa. Gua syak gua memang ada chemistry dengan loceng rehat. Kat kantin gua makan secukupnya pasal pada pendapat gua perut yang kenyang menjana tenaga yang mencukupi untuk gua belajar.

Lepas rehat pembelajaran berjalan seperti biasa. Tepat jam 10.45 masuk satu cikgu. Razak nama dia. Dia ni pepalih garang. Lu bercakap time dia bercakap pun dah kira hebat. Sebagai budak tingkatan satu, gua gerun juga dengan dia ni. Disebabkan gua gerun, jadi gua fokus dengan sesi pembelajaran dia. Fokus punya fokus, tiba-tiba..

Pelepowww..!!!

Semua mata memandang gua. Pipi gua pedih. Muka gua rasa tebal semacam. Kepala gua berdengung. Mata gua berpinau. Songkok gua senget. Memang tak smart langsung.

“Biadap punya budak!!Memang base degil ni! Saya cukup pantang ada murid tidur bila saya mengajar!”,Razak.

Membawak ke balik gua malu nak pandang belakang.

NotauntukRazak: hek eleh..!! gua terlelap sekejap pun mau kira ka? Gampit..!!!

***

TAG CINTA

Barangkali ni la tag tahun lepas pertama gua jawab untuk season 2009 ni.Tag pasal cinta ni beb. Soalan semua stok segan je gua nak jawab. Ini semua lu punya pasal la orensangkuit!

1. Berapa Kali Anda Benar Benar Jatuh Cinta? Dan Siapa Paling Meninggalkan Kesan Dalam Hati Anda?
Banyak kali sangat beb! Senang kira macam nil ah, asal nampak solid je dimata gua kompom gua jatuh cinta. Linda Hashim dan Siti Syarifah Mohd Jani untuk soalan kedua.gua taktau kenapa.

2. Siapa Dan Berapa Lama?

Siti Syarifah Mohd Jani. Dari tingkatan 3 sampai 2004. Gua nak kabor sayang sangat tu tak juga. Cumanya antara yang gua kenal, perempuan ni je la yang akan gua balas Sms dia hatta gua tengah makan nasik.

3. Kenangan Paling Manis/Romantik Anda Dengan Mereka? Kenapa?

Entah hapa yang manis sangat tentang percintaan-percintaan gua. tapi setiap kali gua keluor ngan makwe pun manis beb. Dia punya manis kadang sampai susah gua nak tidur malam.

4. Kenangan Duka Anda Dengan Mereka? Kenapa?

Duka? Takda kot. Takat kelahi sikit-sikit tu tak masuk kategori duka lagi gua rasa..

5. Perkara Terbaik Yang Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?
Entahlah. Tapi seingat gua, gua memang buat yang terbaik aje untuk diorang. Peh…kelas juga jawapan gua ni kadang-kadang.

6. Perkara Tak Elok Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?

Ada satu awek tu, Ayu(nama sebenar)nama dia, gua tinggal mcm tu je. Memang tak steady langsung. Naya ke budak tuh. Gua ingat lu tanya Perkara Tak Elok Anda Pernah Lakukan ‘Bersama’ Mereka tadi. Cuak juga nak jawab..

7. Jika Di Beri Pilihan Dari Kisah Cinta Anda, Siapa Yang Anda Inginkan?

Saya dah tak mengharapkan siapa-siapa. Saya cuma serahkan pada takdir.

8) Anda Berjaya Mendapatkan Beliau?

Honestly, gua ada juga try ayat balik sepam, tapi macam berat ke failed je. Gua give up on the spot. Malas gua nak ayat lebih-lebih..

9. Jika Dia Berada Di Hadapan Mata Anda Sekarang, Apakah Yang Anda Ingin Katakan?

“take off your clothes”. haha!

10. Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis Kerana Cinta?

Gua tak pernah. Buat orang menangis pernah.

Quote: “sakit akibat putus cinta tu ibarat kena lepuk atas dahi je. Lu nak kena lepuk?”, -poyotito’s pytt Abdullah-.

31 comments:

John Doe berkata... [Reply]

bila dah habis sekolah ni,
bukan senang nak makan penampar..

memang tak merasa dah..

@t00neY r00neY® berkata... [Reply]

1. wa rase makcik dewan ade letak ubat tido la...

2. xbley blah pasal cinta...jiwang gak lu eh..

3. welkam mbbeekkk

Don Balon berkata... [Reply]

pollito,
lawok aa kisoh cinta aook..
18 karat jugek rupanya aok ni..harhar

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

patut la td gua terasa nk mengklik url lu..rupa2nya lu nk update bai!
gua semakin percaya naluri sendiri skrg!
selamat kembali!

**ini komen sebelum baca entri..teruja gile tgk lu update!ahah*

kecik berkata... [Reply]

oho. bukan lu je. gau pon suke tdo dlm kelas. ahaha

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

p/s:tido dlm kelas umpama satu kemestian utk bebudak asrama

p/p/s:gua rasa,kalau razak tu boleh cabut papan hitam tu,mau die cmpak ke lu..ahah

p/p/p/s :kisah cinta lu mengundang perasaan simpati dri gua..T__T

p/p/p/p/s : quote lu mmg terbaeekk bai!

p/p/p/p/p/s : ini komen lepas baca entri lu..amacam?

xD

orensangkuit berkata... [Reply]

hahahah bagus keje skolah dah siap
punya laa lama nak jawab

poyotito's berkata... [Reply]

john,
bila dah besar ni rasa nak menampor la pulak ye?
ke gone?

tooney rooney,
haha bole jadi juga teori lu tuh.
bukan jiwang beb,itu la romantik nama dia. haha

don balon,
ah aok same jugek ter..

hazirah,
cilakak!
tersengih gua baca komen lu beb!
tapi apahal lu simpati pulak wei?
sedih sangat ke ayat gua?

kecik,
ah lu memang takda disiplin. gua tau tu.
HAHA!

orensangkuit,
gua sibuk cari rezeki untuk bini dengan anak-anak beb.
haha

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

sekoloh menengoh la bebudok pepalih kuatnya tidur dalam kelas..
tak kira lelaki pompuan..sekoloh keh dulu ada budok pompuan tido je dalam kelas..sekarang dah jadi doktor dah keh rasa..

p/s-tapi keh x pulok jadi doktor

Qaseh.Darwisy berkata... [Reply]

lama aku kehilangan mu poyotiti's..
hekksss...

aku rasa ko penah cakapkan yg ko kapel ngan Syarifah tu dari tgktn 3 smp taun 2004..tapi yang aku dok pikir2 smp skang sebenanye bape taun ha??

Selamat berprektikal..

af [ R ] ed berkata... [Reply]

lu punye hilang cam haram! lame plak tu. gua igt lu da mati beb, kene hempap basikal. tido dlm kelas amalan biase. gua yg pengawas ni pon layan tido mase cikgu ngajor. mmg terbaek kene lari kat padang skolah. gangbang betol!

Fadh berkata... [Reply]

huh...hidup lagi, ingatkan dah arwah. Ada member gua masa ting 4, asyik tidor jer dalam kelas. tapi bila cikgu tanya dan suruh selesaikan latihan kimia, selamba jer dia lap air liur basi dgn hujung lengan baju dan gesek2 mata dan terus selesaikan latihan, betu plak tue...yang gua nie bagi tumpuan sepenuhnya pun tak paham apa kebenda yang cikgu ajar tapi dia tidor dlm kelas bleh jawab dengan betul. hairan gua.

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

lepas kena penampor tu,berani lagi ke nak tido dlm kelas?wakakaka...

p/s:jiwang jugak ko eh..hehe

Suka Bebel berkata... [Reply]

kalau dah kaki tido tu memang tak kenal cikgu garang ke idok.hehe...boleh geng ngan aku ko ni, aku dari zaman skolah sampai unibersiti maintain je tido dalam kelas.haha

kecik berkata... [Reply]

ceh. weh poyotito,lu kena ngorat dgn mat bangla x kat klang?
tu pasal gamaknya lu wat entry cinta ni?

Gee berkata... [Reply]

adeiiiiii syukurla ko masi idop ehehe...
hmmmm bnyak la ko pnya fokus...konpem ko mmang tia fokus ko ja perasan fokus lebih2...smpai ckgu dtg pon ko tia sedaw hahahahahaha

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

ehmm..gua sedikit setuju dgn andaian oleh kecik tu..
lu kne ngorat dgn bangla kt kilang ke yg buat entri psl cinta ni???
lu memolek sket bai..makwe2 lu yg berlambak ni nk cmpak mna???
xD

KARKADEWA berkata... [Reply]

ah!
meletup muka mase tidur dalam kelas mmg mengasyikkan...
macam gampit!
diorg ni tak berape nak paham masalh budak asrama gamaknye...

mrblind berkata... [Reply]

hahaha..kang dah kena penampor..sedap tak?

eiza berkata... [Reply]

love...love....love....

cikin berkata... [Reply]

ah..manisnya bila citer pasal skolah² ni. tp kalau citer pasal penampar ni dah jd masin sikit. hahaha.

persal lu tinggalkan saripah tu bro? kesian dia weih..lu memang kijam!

.farah. berkata... [Reply]

haha..kire lu ni kalo bab2 cinta berat ke failed la ehh? cuba lg! kuatkan smangat.anda pasti berjaya! yeah.

Cik Zura berkata... [Reply]

raak tuh bukang nak marah kat nko sangat.. die mmg tak nak bagi ko tido balik pastuh...

chenta berkata... [Reply]

tak terkuar komen pape la pakwe.punya suka awak dah tulis entry balik.hahaha...amacam?romantik tak aku?

poyotito's berkata... [Reply]

dzul,
kalu aok jadi doktor memang keh datang kat aok je la sokmo.

mintak mc.

qaseh,
haha itu memang gua saja biarkan dalam misteri beb!
ceh.

afred,
haha cilakak!
huduh benor bunyinya mati kena hempap basikal.

fadh,
dia pakai talian hayat gamaknya tu..

cinta coklat,
gua kena penampor 2 kali dengan razak tu beb.
tingkatan 2 lagi sekali. pedih betul..

suka bebel,
gua form 1 smpai form 3 perangai camtu. naik besor sikit dah steady..

kecik,
hish!! apa tak senonoh betul gua nak bercinta dengan bangla beb?

gee,
gua mengantuk ya amat hari tu beb!
fokus apa kebendanya lagi..

hadzirah,
ada aje akal lu kalu bahagian kondemkan gua.. itu tag la woi!!!

karkadewa,
itu la bendanya. menampor orang je tau...

mrblind,
sedap ke menda? sampai ke balik sebak pipi beb!

eiza,
hoh!!lu dah temui cinta sejati ke hapa nih?

cikin,
ah yang ni no komen.
ceh.

farah,
bagus! lu cekap.
terima kasih gua ucapkan.

cikzura,
razak tu marah pasal dia tak boleh tidur sekali..

chenta,
lu memang romantik. sama macam gua.
cey!!
haha

sutera putih berkata... [Reply]

hahaha,,,
salam singgah,,,
tingat masa zaman muda2 dulu,,,

tasikmerah berkata... [Reply]

perrghhh... ayat menjawab dah kalah normang haking. hahaha...

apsal lama benor mengeram ni weh...?

.

cikhajar berkata... [Reply]

auwww sakit kne lempang

padelkopak berkata... [Reply]

gua syak mesti solid penampor die kan?

k.e.r.i. berkata... [Reply]

ubat terbaik untuk mengantuk adalah tidur.

poyotito's berkata... [Reply]

suteraputih,
memang itu objektif dia. peh..!! dan2 je.

tasik,
gua silap mak gua tak bagi je jadi pelakon2 nih beb

cikhajar,
hah! lepuk lu tau macam mana rasa?

padel,
memang pepalih solid beb!!

keri,
gua tau tu. penampor tu kira second la.