Ahad, 5 Februari 2017

Seberapa pantas

Betul punya laju waktu yang berlalu. Aku rasa macam baru je lagi aku up entri Bukan Comeback tu. Aku tiba tiba rasa nak menulis something pulak sementara tak boleh tidur ni. Itu hari kat facebook aku ada baca satu benda yang sangat menarik bagi aku. Writing to heal. Cilakak bunyi pun dah sedap. Aku rasa inilah sebab paling real yang aku tak sedar kenapa aku berhenti bloging secara tiba tiba. Sebab dulu aku terluka. Aku terbuang. Aku sunyi. Aku menulis kerana itu. Lain betul dengan aku yang sekarang. Yang tengah baring sambil menaip kat iPad. Yang di belakang aku ada budak kecik umur 4 tahun tengah lena tidur sambil peluk aku. Yang disebelah aku ada seorang perempuan yang telah aku cintai 16 tahun lamanya. Entri kali ni pun bukan comeback juga. Because i never left. Aduhhh cemana pulak nak buat perenggan pakai iPad ni. Hisap rokok dulu laa..